Thursday, July 26, 2018

Harga Komputer Naik, Pasaran PC dijangka tidak berkembang



Firma penyelidikan pemasaran, Gartner berpendapat jualan komputer-komputer peribadi tahun ini bakal terjejas disebabkan oleh kenaikan harga di pasaran. Bagaimanapun, firma berkenaan menjangkakan akan berlaku perubahan pada tahun depan menjelang tamatnya tempoh sokongan terhadap sistem operasi Windows 7 pada tahun 2020 kelak.

Harga komponen komputer yang tinggi telah menjadi punca kepada kemerosotan jumlah jualan komputer sepanjang tahun ini. Salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan harga komponen komputer adalah disebabkan oleh permintaan DRAM yang terlalu tinggi dan tidak dapat ditampung oleh kadar pengeluaran semasa komponen berkenaan.



Pengarah Penyelidikan Gartner, Ranjit Atwal turut menambah kenaikan harga komponen komputer ini juga disebabkan oleh permintaan pengguna yang mahukan paparan yang lebih besar dan grafik yang lebih berkualiti pada peranti yang semakin meningkat. Kesan daripada itu, pasaran PC dijangka merosot sebanyak 1.2 peratus untuk tahun ini.

Namun begitu, keadaan ini dijangka berubah pada tahun depan apabila lebih banyak syarikat-syarikat mula beralih ke Windows 10. Komputer-komputer yang menggunakan sistem operasi lama seperti Windows 7 tidak akan menerima kemas kini terbaru sebaik sahaja tempoh sokongan terhadap sistem operasi berkenaan akan tamat pada tahun 2020.

Sumber : Harian Teknologi



No comments:

Post a Comment